Saturday, February 16, 2008

UBK SMKSI DIPANTAU OLEH PPD PERDANA

Pada 14 Februari 08 yang lalu, tepat pukul 9.35 pagi Unit B&K SMKSI telah didatangi oleh Tn Hj Mohd Supian Hj. Arshad Pegawai Kaunseling dari PPD Perdana. oh...suspen sungguh.. tapi masa tu saya dan Pn. Paridah cool aje. Tn Haji nampak berseri dengan baju batik warna kuning. Wajahnya agak ceria tapi...yang dup dap dup dap kita orang la.. kami mula-mula borak-borak... tanya tu, tanya ni... dan entah macam mana perbualan kami tiba sikit pada unsur peribadi. Em...nak tau, Tn. Haji masih teringin nak menimang cahaya mata lagi. Dia kata....saya tak boleh berputus asa...mesti terus mencuba. Hi..hi... kita orang pun apa lagi.. teruslah menggalakkan. Kaunselor le katakan... sambil tu Tn Haji menjamu sarapan yang disediakan oleh Penolong Kanan yang terus dihantar ke Bilik Kaunseling. Terima kasih Pn. Omme Kalthum.. Pen. Kanan SMKSI.

Masa berlalu... tiba masanya Tn Haji mula meminta itu dan ini dari unit B&K kami. mula-mula dia terus ke rak fail di ruang kerja kami. dia terus ambil fail untuk kaunseling berfokus. nasib baik ada... dia pun teliti satu persatu sambil bertanya... macam-macam soalan dia. kecut perut juga nak jawab. fail kaunseling berfokus untuk akademik: Cemerlang, Galus dan Lemah.., fail kaunseling berfokus untuk disiplin: ponteng, PPDa dan buli. wah! semakin rancak pemantauan dia. Kemudian dia ke Bilik Dokumentasi dan simpanan fail-fail sulit klien. Ini yang tak sedap ni... bila dia sebut satu nama yang tersenarai dlm fail kaunseling berfokus .....dan meminta saya mengambil fail tu... saya carilah ikut no fail yang ada. aduh! fail tu tak ada. bayangkan perasaan saya masa tu... bolehkan fail klien yang satu ni tak ada ketika itu. saya pun pelik juga mana perginya fail klien ni... lepas tu..dia pun berilah komen.

you know i pun tau, what he said to me.... tak mencapai standard iso... cari fail tak jumpa... kesian saya. lepas tu dia komen satu fail lagi. cara tulis laporan mesti lengkap dan jelas. lepas tu dia komen satu lagi... sistem fail kurang memuaskan tak mencapai standard iso. then satu lagi dia komen fail kewangan yang sebenarnya di sekolah saya dikendalikan 100% oleh kerani kewangan, then last sekali dia beri pendapat supaya saya alihkan rak buku dalam bilik saya tu ke ruang legar di depan yang dah sempit tu.... banyaklah perkara-perkara yang Tn Haji sentuh yang perlu saya upgrade dan perbaiki agar mencapai standard iso...

saya rumuskan untuk tatapan dan persediaan kawan-kawan jika kena pantau nanti iaitu: 1) kemaskini buku log kehadiran klien 2) kemaskini laporan sesi, 3) kemaskini kaunseling berfokus, fail dan laporan, 4) kemaskini sistem fail, 5) kemaskini kewangan 6) buku rekod kaunseling.

yang lain-lain tu... tn, haji tak sempat nak tengok kerana dia nak cepat pergi JPNS sebab nak hantar surat lantikan GBKSM yang belum dilantik pada En. Khairuddin. Oklah.... itulah pengalaman saya semasa kena pantau. saya harap dengan paparan ini rakan-rakan lain bersedialah ok...

Ops....jangan lupa... persediaan hingga mencapai standard iso tau....

Jumpa lagi...