Wednesday, February 6, 2008

MEMPERKASAKAN PRS

MEMPERKASAKAN PRS

28, 29, 30 & 31 Januari 08, Semasa di Seri Costa Melaka, (Mesyuarat Pelarasan Tugas-tugas PPD dan JU Web Master), En. Khairuddin ada menunjukkan sehelai vest berwarna unggu. Vest itu ialah contoh pakaian rasmi ahli PRS pada semua peringkat. Ahli PRS hendaklah memakai vest yang telah diseragamkan di peringkat Kebangsaan ini. Ini bermakna vest berwarna unggu yang ada lambang KPM atau BPG, lencana dan logo PRS, serta dibelakangnya tertulis Pembimbing Rakan Sebaya akan menjadi trade mark kepada semua ahli PRS seluruh Malaysia. Syabas dan tahniah! Jika terlaksana misi ini, mungkin PRS akan menjadi sebuah persatuan yang disegani dan diterima sebagai agen pembentuk sahsiah dan akhlak cemerlang remaja masa kini dan generasi pemimpin masa hadapan. Lihatlah contoh Vest PRS yang terbaru.

AHLI PRS SEMUA....mula fikirkan untuk memperkasakan PRS ya!!!







SELAMAT TAHUN BARU CINA

YAHoo... setelah penat kerja...tiba-tiba dapat relak kat rumah. bolehlah bangun lewat sikit. lepas tu nak kemas-kemas apa-apa yang berselerak kar rumah. malam tadi tepat pukul 12.00, terpaksa dengar bunyi mercun dan bunga api yang pelbagai. tengah tidur pun boleh terjaga. tapi dont worry, the whole neibourhood faham.... bahawa mereka di luar sana tu sedang bergembira menyambut tahun baru cina. ok.... sekali lagi... Gong Xi Fatt Choy. Untuk semua guru-guru Cina di SMKSi... en. loh, pn. tan, en. young, pn. tee, en chin, cik chin, pn. teo, cik chang, pn. law, dll lagi termasuk para pelajar juga. dan yang palilng istimewa untuk cik lai sui kheng. kaunselor SMKSI. lai.... tahun ni semoga you sentiasa bahagia, gembira, dan sihat sejahtera... happy new year. drive savely........

Pelancaran Program RIMUP 2008

Pada 5 Feb 08 SMKSI telah melancarkan Program RImup peringkat Zon Serdang. Pihak sekolah telah menjemput tetamu dari SMK Seri Serdang dan SMK Seri Kembangan yang terdiri daripada seorang kaunselor bersama 4 orang pelajar pelbagai kaum untuk sama-sama menyerikan majlis pelancaran program ini. Perasmian program telah dilaksanakan oleh YDP PIBG SMKSI. Dr. Hj. Rezuwan Kamaruddin. Majlis berjalan lancar. Semua warga SMKSI dapat memahami matlamat dan objektif program diadakan. Tidak lain adalah untuk mengeratkan tali perpaduan dan intergrasi antara kaum, khususnya di zon Serdang ini. Majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan daripada ahli kumpulan RIMUP yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti nyanyian koir, tarian dan persembahan khas sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Guru, staf dan tetamu telah diberikan buah limau sebagai tanda kasih sayang di hari baik ini. Apa yang penting, mereka dapat menghayati keunikan budaya pelbagai kaum, dapat menerima dan memahami erti perpaduan dan kesannya pada sebuah negara seperti Malaysia.
PERPADUAN TERAS KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA

BULETIN UBKSMK SERI INDAH


Guru-guru dan staf di SMKSI lebih kurang 130 orang. Mereka memiliki pelbagai peringkat bidang akademik dan kemahiran tertinggi yang khusus dalam kepakaran masing-masing. Para pentadbir adalah idola dan contoh terbaik kepada semua kaki tangan di SMKSI.
Motto SMKSI:
ILMU, AMAL, KASIH

Seri Indah seindah warganya....




SMK Seri Indah, 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan. No telefon: 03-89434263 dan No fax: 03-89456695. Pada tahun ini enrolmen pelajarnya hampir 2000 orang. Terdiri daripada pelajar tingkatan Peralihan, Satu hingga Tingkatan Lima. SMK Seri Indah menyediakan kelas aliran agama untuk tingkatan satu hingga tiga.

KENALI KAUNSELOR SMK SERI INDAH


INILAH KAUNSELOR-KAUNSELOR DI SMK SERI INDAH.
Dari kiri Pn. Roslizi Ali, Pn. Hjh. Abidah Omar, Pn. Hjh. Paridah Romly & Cik Lai Sui Kheng.


SELAMAT DATANG KE UBK SMK SERI INDAH































INILAH BILIK KAUNSELING SMK SERI INDAH...
dan seterusnya... tempat-tempat di mana kami menjalankan tugas core bussiness kami
pada setiap hari...