Wednesday, February 6, 2008

MEMPERKASAKAN PRS

MEMPERKASAKAN PRS

28, 29, 30 & 31 Januari 08, Semasa di Seri Costa Melaka, (Mesyuarat Pelarasan Tugas-tugas PPD dan JU Web Master), En. Khairuddin ada menunjukkan sehelai vest berwarna unggu. Vest itu ialah contoh pakaian rasmi ahli PRS pada semua peringkat. Ahli PRS hendaklah memakai vest yang telah diseragamkan di peringkat Kebangsaan ini. Ini bermakna vest berwarna unggu yang ada lambang KPM atau BPG, lencana dan logo PRS, serta dibelakangnya tertulis Pembimbing Rakan Sebaya akan menjadi trade mark kepada semua ahli PRS seluruh Malaysia. Syabas dan tahniah! Jika terlaksana misi ini, mungkin PRS akan menjadi sebuah persatuan yang disegani dan diterima sebagai agen pembentuk sahsiah dan akhlak cemerlang remaja masa kini dan generasi pemimpin masa hadapan. Lihatlah contoh Vest PRS yang terbaru.

AHLI PRS SEMUA....mula fikirkan untuk memperkasakan PRS ya!!!







3 comments:

Noorhisham said...

buatlah link ke kawan kaunselor lain, ni tv3 ngan astro je....haha

Noorhisham said...

ada orang kata gambar kak aby ni macam sharlinie yang hilang tu....ada pertalian ke...

Unknown said...

kalau pakai vest ungu sambil minum air Ribena botol purple mesti serasi @ ngam... bertambah perkasa PRS