Wednesday, February 6, 2008

Pelancaran Program RIMUP 2008

Pada 5 Feb 08 SMKSI telah melancarkan Program RImup peringkat Zon Serdang. Pihak sekolah telah menjemput tetamu dari SMK Seri Serdang dan SMK Seri Kembangan yang terdiri daripada seorang kaunselor bersama 4 orang pelajar pelbagai kaum untuk sama-sama menyerikan majlis pelancaran program ini. Perasmian program telah dilaksanakan oleh YDP PIBG SMKSI. Dr. Hj. Rezuwan Kamaruddin. Majlis berjalan lancar. Semua warga SMKSI dapat memahami matlamat dan objektif program diadakan. Tidak lain adalah untuk mengeratkan tali perpaduan dan intergrasi antara kaum, khususnya di zon Serdang ini. Majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan daripada ahli kumpulan RIMUP yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti nyanyian koir, tarian dan persembahan khas sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Guru, staf dan tetamu telah diberikan buah limau sebagai tanda kasih sayang di hari baik ini. Apa yang penting, mereka dapat menghayati keunikan budaya pelbagai kaum, dapat menerima dan memahami erti perpaduan dan kesannya pada sebuah negara seperti Malaysia.
PERPADUAN TERAS KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA

No comments: