Wednesday, February 6, 2008

BULETIN UBKSMK SERI INDAH


Guru-guru dan staf di SMKSI lebih kurang 130 orang. Mereka memiliki pelbagai peringkat bidang akademik dan kemahiran tertinggi yang khusus dalam kepakaran masing-masing. Para pentadbir adalah idola dan contoh terbaik kepada semua kaki tangan di SMKSI.
Motto SMKSI:
ILMU, AMAL, KASIH

Seri Indah seindah warganya....




SMK Seri Indah, 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan. No telefon: 03-89434263 dan No fax: 03-89456695. Pada tahun ini enrolmen pelajarnya hampir 2000 orang. Terdiri daripada pelajar tingkatan Peralihan, Satu hingga Tingkatan Lima. SMK Seri Indah menyediakan kelas aliran agama untuk tingkatan satu hingga tiga.

3 comments:

Edmund said...

Ya, enrolmen pelajar hampir 2000 orang. Dan bilangan ini akan semakin berkurangan. Pelajar yang dulunya cemerlang dalam UPSR biasanya tidak akan stay dekat sekolah ini buat masa yang panjang. Ramai yang akan tukar ke sekolah lain. Tengoklah bilangan dan keputusan pelajar Tingkatan 2 Tahun ini pun sudah tahu. Ramai pelajar nak tukar ke sekolah lain. Sebab tak tahan dengan sekolah ini yang ego, suka merendah-rendahkan sekolah lain (terutamanya SMKSS) dan bersikap tidak terbuka. Bila ada orang mengadu tentang sekolah, cikgu akan cakap" kalau tak suka sekolah ini, tukarlah ke sekolah lain. Kita pun ada pelajar yang dapat 8 A juga"(Tapi cikgu tahu tak bahawa pelajar yang dapat 12 1A dalam SPM pada tahun 2008 pun rasa tak senang hati dengan sekolah ini?)Sudah kalah dengan sekolah jiran dari segi SPM tapi masih banyak alasan seperti "sebab sekolah kita siapa-siapa pun terima, tak macam sekolah lain yang hanya menerima pelajar yang cemerlang sahaja"

Pihak sekolah selalunya ingat pelajar akan menjatuhkan imej sekolah. Tetapi saya ingat Puan Siti Hawa pernah cakap beliau tidak pernah menerima aduan daripada jiran tentang pelajar sekolah SMKSI kecuali hanya tentang pelajar SMKSS dan SMKSK. Sebaliknya, pernah ada guru disiplin yang banyak diadu oleh orang lain sampai orang dari MCA pun datang. Ramai pelajar Tingkatan 2 pun nak tukar ke sekolah lain sebab sekolah ini terlalu 'Strict' terutamanya dari segi peraturan yang tidak bertujuan dan tidak penting. Sekolah ini hanya fokus kepada rambut dan kuku pelajar tetapi kurang memberi perhatian kepada pencapaian personel pelajar.(pelajar yang dapat 12 1A setuju dengan ini). Sebernanya yang menjatuhkan, mencemarkan dan merosakkan imej sekolah ialah pihak sekolah itu sendiri! Jangan salahkan pelajar....

Unknown said...

nie kes pasal cikgu2 termasuk juga cikgu besar naik gaji ciput je...
kalau naik 'double increment' mesti sekolah nie dah jadi gred '5 Star School'

Suara Karat said...

lama benor tidurnye blog ni. nak kena kaunseling ker ?